FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

Frequently asked questions

GRAB DRIVER

Apa kelayakan yang diperlukan?


1. Memiliki kereta (sendiri/keluarga/sewa) 2. Kereta 4 pintu dan mestilah tahun 2008 keatas. Klik disini untuk senarai kereta yang tidak dibenarkan 3. Memiliki lesen D Penuh (P tidak diterima) 5. Nama hendaklah ada dalam covernote insuran. Jika tiada anda boleh tambah nama di syarikat insurans.




Bilakah masa yang saya boleh memandu?


Anda boleh memandu pada bila-bila masa sahaja yang anda suka. Tiada paksaan berapa lama yang anda perlu memandu. Segalanya terserah kepada anda . Andalah bos anda sendiri!




Agak-agak berapa yang saya boleh dapat pendapatan dalam Grab ni yer?


Jika anda memandu secara sambilan, kebiasaannya akan dapat diantara RM500-RM2000 sebulan. Jika anda memandu sepenuh masa, anda boleh dapat pendapatan diantara RM3000-RM8000 sebulan, bergantung kepada ilmu dan strategi yang kami akan kongsikan serta komitmen anda yang tinggi nanti.




Ada apa-apa bimbingan tak bila saya dah jadi pemandu nanti?


Sudah pasti! Anda akan dimasukkan ke dalam group whatsapp yang kami akan bimbing anda secara online. Anda juga boleh berjumpa dengan kami untuk sesi bimbingan secara bersemuka supaya anda lebih faham tentang strategi yang akan dibuat nanti supaya pendapatan yang diinginkan akan dapat dicapai insyaAllah.




Boleh tak saya guna kereta yang sama yang sedang digunakan oleh pemandu Grab yang lain?


Boleh. Anda cuma perlu pastikan nama anda dimasukkan ke dalam covernote insurans kereta dan anda mendaftar sebagai pemandu Grab.




Saya bankrupsi dan tiada akaun bank. Bolehkah saya menjadi pemandu Grab?


Anda perlu ada akaun bank sendiri untuk mendaftar sebagai pemandu. Anda boleh membuat rayuan di Jabatan Insolvensi Negara untuk meminta supaya dapat membuka akaun bank khas untuk memandu Grab.




Macam mana jika saya kemalangan semasa memandu Grab ?


Grab telah menyediakan insurans kemalangan bagi pemandu dan penumpang.




Saya dah bersedia untuk mendaftar. Apa yang perlu saya buat?


Anda hanya perlu sediakan dokumen-dokumen seperti yang berikut: 1. Gambar muka. Ambil selfie sahaja sambil pegang kad pengenalan anda di bahagian dada kiri. 2. Gambar Kad Pengenalan. 3. Gambar Lesen Memandu 4. Gambar Covernote Insurans Kereta Untuk lebih terperinci dokumen yang perlu diberikan anda boleh DISINI .




Saya ada persoalan dan pertanyaan.Dengan siapa saya boleh bertanya yer?


Anda boleh bertanya dengan kami terus dengan hanya klik DISINI dan saya akan cuba membantu anda segera.





  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
  • White Pinterest Icon
  • White YouTube Icon
  • White Twitter Icon

©2020 Precinct Omega Limited. Created with Wix.com

For SEO reasons, I have to include the keywords: science fiction, miniatures, wargaming, fantasy, tabletop.  Sorry.

0